Monday, August 23, 2010

Salam Ramadhan dan banyakkan saham

Walaupun terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut ramadhan,tapi tetap aku ucapkan sebagai tanda ingatan untuk kita semua dengan kehadiran ramadhan nie..kita selalu banyak menceritakan tentang keuntungan dan saham dunia kita yang meningkat dan menurun..kita akan gembira setiap kali kita mendapat keuntungan,dan kita akan sedih bila kita mendapat kerugian...tapi,bagaimana halnya saham kita di akhirat???adakah untung??? fikir-fikirkan lah....renungkanlah...

Wednesday, August 18, 2010

Tiga line!!!


juz guna line sebagai alat bantuan untuk tangkap price yang cuba nak speed..hehehe...pakai tiga line nie je...semua kena tangkap...

Friday, August 13, 2010

Drain de Bank...!!!!


Sekadar berkongsi kegembiraan dengan semua di awal permulaan ramadhan...kalau ramadhan sebelum nie,aku hanya makan apa yang ada..(terkadang ikan,terkadang telur,terkadang sayur je..jarang2 dapat makan ayam..sebab masa tu aku duk kat negara orang...paling kerap,ikan goreng je juadah aku berbuka...ngan nasi arab..huhuh..) tapi dengan rezeki yang tuhan kurnia di awal ramadhan nie,bleh la aku membeli setiap hari ayam golek..hehehe...

Monday, August 2, 2010

Ke mana arah tuju kita???

Setiap orang pasti akan mempunyai perancangan tersendiri,mempunyai matlamat yang tersendiri,dan ingin mencapat matlamat itu walau dengan apa sekalipun.kalau nak dibincangkan tentang planning hidup,pasti semua mempunyai arah tuju masing-masing..kalau ditanya pada trader,pasti mereka menjawab,ingin menjadi super trader yang dibanggakan,dalam masa yang sama mengumpul sebanyak mungkin duit dari broker..kalau kita ahli perniagaan,semuanya akan menjawab,ingin menggapai kejayaan,dan tanyalah padasemua manusia,semua ingin menikmati kemewahan,kebahgiaan,ketenangan dan kegembiraan dalam hidup ini...tapi..bagaimana pula dengan hari kemudian....??? ada orang hanya merancangkan kebahgiaan dunia...tapi,sebenarnya,ramai yang lupa..hari kemudian mereka juga adalah sebahagian dari hidup mereka...maka,penting untuk kita renung sejenak,dan berfikir..tentang planning kita..adakah sudah sempurna...atau masih ada kecacatan...??? renung-renungkanlah...

Thursday, July 29, 2010

Bisnes...untung dan rugi.

Memang dah jadi lumrah kehidupan tuhan jadikan setiap perkara berpasangan,ada lelaki,ade perempuan,ada kaya,ada miskin,ada baik ada jahat..dan ada untung dan rugi.Dan itulah lumrah pada perniagaan.Bila ianya berisiko,risiko itu adalah kerugian kepada seseorang.dan cerita rugi nie bukanlah yang baru kepada orang yang menceburi dalam bidang perniagaan,sebab,bila mereka mula je menyingkap bidang ini,diantara perkara utama yang perlu mereka fikirkan adalah kerugian yang akan ditanggung,risiko yang akan diambil.forex ini juga mempunyai dua keadaan nie,dan kerugian itu lebih hampir kepada seseorang daripada keuntungan,kerana forex ini adalah aliran perniagaan yang paling mudah untuk pasang dan surut,tapi tak bermakna begitu jika anda mengetahui apa yang sedang anda lakukan.yang menjadi kerugian kepada orang-orang yang gagal,mereka adalah mengharapkan nasib semata-mata,yang akhirnya hanya merugikan duit mereka yang beribu-ribu.sebab itu selalu pesanan dariku..disiplin dalam forex adalah asas yang paling utama untuk menjadikan anda sebagai seorang super trader yang berjaya.ok....jom pekena kopi dulu secawan...kopi mahal nie,rm50 secawan..pernah try??? hehehe....

Tetiba aku minat ngan kucing


petang tadi,bila aku gi kedai pets,tengok plak kucing-kucing yang kiut,buat aku teringin nak memiliki kucing parsi...walaupun kat umah nie dah berapa ekor yang ada,tapi rumah aku nie just ade kucing kampung..biasa je la...yang aku nak cari nie kucing parsi..nak dijadikan cite,ade je sorang hamba tuhan yang baik hati nak bagi kat aku kucing..tapi aku tak gi amik lagi..sebab nak prepair rumah kucing dsb sebelum aku masukkan ahli baru nie dalam umah..nak tgk comey ke tak..tunggu..nanti aku update tunjuk pic dia..ok...tentang forex lak..aku stay..target stay lagi tercapai walau kadang2 market tak menentu...tapi aku masih mengharapkan loan aku lulus...kalu dah lulus,memang main pun leh santai la...sebab aku nak bukak lot yang kecik je..cukup la kalku setiap hari aku dapat skit dari langsung tak dapat..tiga prinsip aku...lebih baik dapat 10 pip dari tak dapat pape,lebih baik dapat satu pip daripada dapat -1,dan lebih baik takde post daripada aku kena mc..hahaha...sebab,pip nie tak kan lari..yang letihnya..kita yang duk nengok chart...hehehe..k,bye...

Monday, July 26, 2010

Statement post sebagai panduan


Kalau kebiasaannya,aku akan letakkan statement yang hanya tunjuk berapa aku dapat setiap hari,kali nie aku nak tunjuk pada korang camane post yang aku buat,pada yang rajin,cuba la analisa balik apa yang aku letak nie..sebab dalam korang pasti jumpa 'something...'

File pengiraan headging untuk EJ.

Ini satu file yang membantu pengiraan pada semua untuk membuat kiraan mudah dalam bentuk headging,semoga dapat membantu kepada semua...http://hotfile.com/dl/57644007/e74a6d3/SKILL_Calculator.xlsx.html

Saturday, July 24, 2010

Peraturan money managment dalam forex


Sambungan dari post yang lepas,tentang kaedah open position,dan kita menggunakan kaedah headging sebagai protection,dan post nie kita bercerita tentang money managment.sebenarnya,dalam forex,perkara utama yang menjadi teras kepada kejayaan dalam dunia forex ialah pengurusan wang yang betul..atau pun lebih masyhur dengan istilah money managment.baiklah,kalu kita melihat,semua pakar forex amat mementingkan mm nie lebih dari sistem,ini kerana mereka berada dalam keadaan yang nyata dan sedar,apa yang menyebabkan ramai trader gagal dalam forex.tapi,kalau orang-orang yang hanya ingin mengambil peluang untuk kaya dengan jalan yang singat,iaitu menjual sistem,mereka akan menyatakan bahawa sistem mereka adalah yang paling penting.
dan money managment yang paling berkesan bila kita bermain dengan menggunakan teknik headging,adalah kita gunakan 1% atau kurang dari 1% untuk selamat..baiklah,memang tak dinafikan,akan ada sesetengah orang yang berbunyi..lambat kaya,lambat untung dan sebagainya..ingat,forex bukanlah skim cepat kaya..perniagaan yang terbaik adalah perniagaan yang setiap harinya adalah profit...untung..tak guna jika kita dapat untung besar pada awal bulan,tapi rugi lagi besar pada akhir bulan.lebih baik kita berjaya mendapat 1usd sehari,tapi kekal dari satu bulan ke satu bulan..jika anda mampu meletakkan modal yang tinggi,anda akan mendapat pulangan yang tinggi dalam forex ini...ingat,disiplin adalah segala-galanya dalam forex...gagal disiplin,bermakna,anda gagal dalam forex!!!

Close all profit!!!


Seminggu trade,dan hari jumaat penutup untuk acc aku juga adalah dengan baik..semuanya close dalam keadaan tp..hitung-hitung..dapat la skit seperti dalam gambar tuh...bleh la wat guna untuk puasa nanti...guna untuk sedekah..untuk buat majlis buka puasa..kan tuh bagus...itu pun sebenarnya kita melabur untuk rezeki kita makin bertambah...2k usd...cukup dulu utk minggu nie..minggu depan,cari lagi rezeki lain...hehehe...

Friday, July 23, 2010

Cara masuk post dengan selamat


Dalam post nie akan aku jelaskan tentang cara untuk masuk post dengan selamat...(kalu ade kemahiran la..). biasanya aku menggunakan ma 50 sebagai penentu trend,tapi kalu nak yang lagi mudah,boleh pakai mana-mana sistem yang ada...yang free pun ok,yang beli pun ok..kalu nak cerita tentang sistem,aku leh katakan semuanya adalah sama..samada dari kesilapan dan dari segi ketepatan..70%-85% itu range untuk setiap sistem yang ada atas dunia nie.tapi kalu menganalisa,ketepatan akan sampai pada 80-98% kebiasaannya.baiklah..dalam post nie,aku akan cerita cara aku open position hanya pada pair Euro vs Japan(EJ).ok..bila kita dah confirmkan arah trend ej nie,kita akan buat post,dan usebagai protection,kita akan menggunakan kaedah headging.mungkin ramai yang dah tahu tentang teknik headging,cuma yang menjadi persoalan,berapa gap yang perlu diletakkan..itu yang menjadi persoalan,sebab,jika salah letak,boleh sebabkan kerugian..dan silap-silap,leh kena mc...untuk ej nie,ikut sifir yang saya sediakan ini...

Gap = 40
Profit = 45
Stop loss = 48
baiklah,itu tentang susunan position...tapi,camane pula tentang lot yang akan dibuka??? lot ini saya gunakan kaedah teknik headging henry,kerana melihat keadah headging dia merupakan yang paling selamat dan berkesan...

post pertama = 1.0
post kedua = x 3 = 3.0
post ketiga = x 2 = 6.0
post keempat = x 2 = 12.0....
dan begitulah seterusnya...hingga anda mencapai profit..baiklah,kita akan sambung kelas nie pada post yang seterusnya...dan dalam tu saya akan ceritakan tentang penggunaan money managment(mm),kerana wujud satu permasalahan besar pada orang yang menggunakan teknik headging,ialah,camane nak selamatkan akaun daripada papa kerana headging yang berlapis..dan silap langkah,boleh mc terus...post akan datang kita akan ceritakan..

Thursday, July 22, 2010

Risk in Forex


"It is not gambling if you know what you're doing.It is gambling if you're just throwing money away into a deal and praying.The idea in anything is to use your technical knowledge,wisdom and love of the game to cut the odds down,to lower the risk.Of course there is always risk.It is financial intelligence that improves the odds".

Wednesday, July 21, 2010

Sekadar mencuci mata


Statement nie sekadar mencuci mata semua je la..takde pape yang menarik..kalu nak dibandingkan dengan master-master lain,aku nie masih lagi newbie...tapi syukur la..700++ tuh...cukup la sebab tu belum di darab dengan 3.5...(tu jumlah dalam usd lagi tuh...)

Tuesday, July 20, 2010

Bukan senang nak senang..perlukan usaha,doa dan kesabaran..


Ramai yang mengeluh bila nak kaya..bila nak jadi jutawan..bila nak ada duit beratus-ratus ribu dalam bank,tapi,ade ke syarat-syarat untuk melayakkan diri untuk masuk dalam golongan tuh??? kalu ada takpe la...kalu sekadar angan-angan,baik tak yah..kekadang ada orang yang ada syarat,tapi tak sempurna..usaha ada,kesabaran ada..tapi sayang,solat dan doa tak tahu ke mana..tak terfikir ke diorang nie,siapa empunya kekayaan tuh?atau mungkin mereka ini memandang kepada sudut logik akal semata,tanpa memerhati kepada keadaan sebenar??? aku pun tak tahu la..solat,pastu doa..mintak dengan tuhan,jadikan aku nie jutawan,orang kaya,yang tidak sibuk dengan dunia..ada orang dapat gelaran kaya,tapi 24 jam sehari tak cukup..tak guna jugak..kaya nie yang paling sempurna bila seorang itu kaya dalam semua hal..harta,masa,hati..tapi berapa ramai je yang ada dan tergolong dalam golongan nie??? renung-renungkanlah...

Monday, July 19, 2010

ada untung,ada rugi


kalau dah di namakan dengan bisnes,memang tak leh nak lari dari rugi..ada masa kita untung,ada masa kita rugi,tapi jangan jadikan rugi sebagai keputusan untuk berhenti dan putus asa,tapi anggaplah kerugian itu merupakan satu perjalanan menuju kepada kejayaan.

Sunday, July 18, 2010

my latest statement


Nie yang terbaru dari aku,statement yang aku dapat pips dari minggu lepas.Ok,kalu nak dikira,acc aku nie selamat dalam keadaan popit sebab aku menggunakan kaedah headging.Kaedah nie lebih kepada protection untuk acc supaya dapat bertahan dari lose dalam trade.kalu nak dikupas,setiap pair memiliki jarak yang tersendiri dalam nak membentuk kaedah headging nie.sebagai contoh,GU,sebab ramaoi yang main pair gu,gap untuk bukak po sebagai headging,adalah dalam jarak 40-80 pips..atas pandangan masing-masing tentang jarak nie,dan tak perlu aku cerita panjang..dan begitu juga dengan pair lain,ade nilai yang tersendiri..banyak yang perlu diambil kira sebelum menetapkan gap bagi sesuatu pair,dan post akan datang aku akan bagitahu pair gu n eu yang aku guna,dan sememangnya profit.

Tuesday, July 13, 2010

Menyepi..


Dah lama aku diam membisu seribu bahasa dari meneruskan penulisan di blog nie,tapi semua ini adalah kerana masalah kesihatan je..demam,batuk..dua punca yang menjadi masalah kesihatan padaku sampai aku tak mampu nak memberi tumpuan pada trade dan juga nak tulis pape post disinitapi yang pasti,selagi aku terdaya,aku akan cuba untuk berkongsi untuk semua pape je yang aku ada,itu yang aku mampu pertaruhkan.ok,nak taip banyak2 pun tak leh nak pikir lagi nie..so,tgk la dulu ss kali nie sebagai tatapan.

Thursday, July 1, 2010

Cerita semalam


Memang beruntung sapa-sapa yang main lek lok semalam bila GU daki gunung tinggi,kalau yang pandai,guna trailing stop leh dapat minima 100pips untuk semalam.GU mula mengamuk semalam,maknanya pagi nie dia rehat dulu untuk perjalanan seterusnya...malam nie...NFE,kul 8.30 malam.hope semua sedia,sebab tsunami kedua akan berlaku pada malam nie.pada yang belum pernah mencuba main NFP,NFE,ini satu tuips untuk semua..biasanya nfp n nfe nie akan membentuk satu trend yang panjang..leh mencecah sekitar 100-300 pips,dan apa yang specialnya time nie??? sebenarnya dia akan membentuk 1 trend sahaja,jadi kita cuma lihat dan sedia kemana arah market akan pergi untuk kita open post.cuba tengok graf-graf yang lepas,camane tsunami NFP @ NFE berlaku.kalau tak yakin,kena tunggu sampai jam 9.00-9.30,sebab biasanya time nie baru dia akan tunjukkan arah statik mana yang akan dia pergi.kalu tak yakin,cuba la dengan 1 sen je..hehehe...nikmati la malam nie..hehehe..

Kata-kata semangat untuk pengunjung taklukfx


Bismillah,
Sebagai post pembuka tirai taklukfx nie,post pertama ini tidak ku panjangkan,cuma sekadar ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang mengunjung blog ini,dan terus menerus dari saya akan menghidupkan blog ini dengan post-post yang menarik dan ilmu2 forex yang berguna untuk semua pengunjung dan folowers nanti.diharapkan anda semua akan memberi komen kepada saya untuk meningkatkan lagi mutu blog ini dan dapat berkongsi manfaat semaksima mungkin disini.dan satu tatapan buat semua,dan akan saya kongsikan bersama semua yang saya ada untuk semua...terima kasih.